Thursday, March 31, 2011

.::de kampus 2::.

salam semua.....

Alhamdulillah...sekali lagi Allah beri nikmat untuk bernafas di bumi ini. hari ni kelas bermula pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi. namun disebabkan gigi 'besar' meragam, terpaksalah ponteng kelas Undang-Undang pukul 8. tak pe, janji datang kelas kaedah pengajaran kul 10, hehe tu pun sebab hari ni ada ujian.

sebenarnya ni bukan point utama nak celotehkan, tapi nak kongsi sikit pasal pengalaman dalam bas pagi tadi perjalanan ke kelas di Proton City.rasanya memang menjadi lumrah la kan bila terdengar gosip2 pasal pensyarah ni. kalau di sekolah menengah dulu, cikgu2 yang selalu jadi perbualan, tapi bila dah kat U ni, pensyarah pula menjadi mangsa gosip. bla..bla...bla....macam2 lagi la. pa lagi kalau 'mereka' ini jenis yang tak puas hati dengan pensyarah dia,memang berabis dia mengkritik.fuhhhhh boleh kalah pengkritik dalam pertandingan nyayian tu.heheh....(pa benda sy nak kongsi sebenarnya ni....hehe)...ok saya cite sekarang....

ok nak jadikan cerita, macam ni tengah saya duduk diam kemudian ditambah dengan suasana boleh la dikatakan sepi je sebab pakcik pemandu bas tu pun bagi perlahan sound radio. ada la sorang pelajar perempuan tu berdiri sebelah dengan kerusi yang saya duduk. dia ni asyik je bercerita ngan membernya yang kebetulan duduk di hadapanya. mula2 tu takdelah ambil kisah sangat perbualan dorang ni, tapi bila terdengar perkataan 'bongek' terus je rasa nak tahu isi kandungan perbualan dorang ni (panjangkan telinga). dah la suara tak control 'volume'....pas tu boleh siap pi kutuk pensyarah dia dengan perkataan 'bongek'. sebabnya pensyarah tu tak terima alasan dia lambat masuk kelas disebabkan baru balik dari kelas sebelumnya. katanya lagi pensyarah tu boleh pula terima alasan takde bas kalau lambat masuk. kerana geram sangat...dia pi kata pensyarah tu 'bongek'.huhu...sian kat pensyarah terbabit. setelah memberi 'ilmu'...macam ni pelajar kata kat dia. patut tak patut?....emmm

saya ni pun pernah la juga tak puas hati dengan pensyarah, tapi tidak lah sampai kata macam tu. sekurang-kurangnya hormatlah dengan orang yang telah beri apa-apa kat kita. apatah lagi bab-bab ilmu. besar pahala orang membagi ilmu ni. sampai ke alam 'lain' pahala mereka ini berjalan. agak-agak berkat tak ilmu yang telah kita perolehi ni jika kita masih bersikap macam tu. hermmmmm....tanyalah iman kita kata macam mana.

*********************************************
p/s...kata seorang pensyarah saya :"kalau masih confused...jangan HIDUP".

Sunday, March 27, 2011

.::de kampus::.

assalamualaikum wtw....

Baru hari ni rasa free sangat-sangat sebab tesis dah hantar.yeahhhh....satu kepuasan bila tengok kertas-kertas yang sudah di print adalah hasil kerja jari jemariku dan otakku bekerja. Terasa juga beban dalam otak sudah keluar...dan terasa ringan pun ada juga.hihi...boleh pulak rasa macam tu. tapi itulah hakikatnya kan. menjelang minggu ke 12 sekarang ni, ada baki 3 lagi asigmnet yang tak siap lagi.huhu....(terasa otak berat kembali sebab ingatkannya). syukur juga kerja ni lambat sikit tarikh submitnya, kalau tak...alamat huru hara.

takpe2...hari ni kan free.kata roomate saya "hari free sedunia".hihi...duk dari pagi tadi menghadap lappy je. kalau buat tesis, boleh siap dua bab.tu kalau...tapi ni tak.mula2...layan berita online dulu.cewahhhh....berita tu.hehe...saya tak nak dikatakan orang ketinggalan zaman.bak kata sorang pensyarah saya, en.Nizamuddin..."jadilah mahaSISWA yang tahu berita.betul3....hehe.;)

sudah habis baca berita (padahal tengok halaman hiburan dulu)...tengok email jap.mana tahu kalau2 ada member sekelas bagi kerja asigment.sekurang2nya jadilah kawan yang alert.hehe...jangan pas ni ada desas desus kata kerja asigment tak siap sebab tak pena buka email.huhu...

sambil buka email tu, sign in pula kat "mukabuku".tapi sekarang ni sudah jarang meng'update' status di facebook ni.selalu tengok status orang lain je.emmmm....bila baca status orang ni, kadang2 boleh buat kita senyum. tapi ada juga tu kadang2 naik menyampah ngan status yang di buat.apalagi kalau status tu pasal bf/gf dorang tu...aduyaiiiii, benda macam tu pun nak bagi tahu orang lain ke?tak cukup tu, ada juga yang update ngan perkataan2 yang 'buruk'. kunun dia tengah marah la tu.huhu...kesian juga dengan orang yang macam ni...tak pasal2 dedahkan aibkan sendiri.betul tak? ;) (bukan nak jaga tepi kain orang taw)...hehe

sambung di lain masa...(ada kawan bagi ingat pasal asigment yang tak siap lagi...huhu, sabo2)