Showing posts with label indah khabar. Show all posts
Showing posts with label indah khabar. Show all posts

Friday, November 26, 2010

.::Pengorbanan Seorang Ibu::.


salam ukhuwah sahabat...salam imtiham (bagi yg masih exam..hehe seperti sy)

sebenarnya sudah azam sejak semalam tak nak buka blog,sebab tahu masa belajar akan dihabiskan dengan ber'blog'. Sekarang saja nak restkan otak jap (alasan semata2...hihi), sungguh!!!!!. :) apa2 saja la kan. Tapi sebenarnya saya nak kongsi satu kisah benar yang telah berlaku di negara China satu ketika dulu. tidak pasti tahun bila perkara ini berlaku. kisah ini benar2 menusuk dalam kalbu (jika anda benar2 menghayati ;)). kisah bagaimana seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. kisah ni saya ambil dari blog wanWMA dan ia diceritakan seperti komik di bawah ini ;

kasih ibu-1

klik 'read more' untuk gambaran komik seterusnya... ;)

Sunday, November 14, 2010

.::Segenggam Garam::.

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.


Wednesday, November 10, 2010

.::Terapi Lubang Hidung::.

salam ukhuwah sahabat semua...salam Zulhijah ;)

hehe...jangan tidak tahu, lubang hidung pun ada terapi untuk kecerdasan badan manusia. Cuma baru sekarang tahu kan. pasal terapi ini pun saya dapat daripada blog Drs.Khalil Idham Lim (DUN Parit Buntar, Perak). Satu perkongsian ilmu yang cukup menarik untuk diamalkan. jom kita baca macam mana terapi lubang hidung ni ;)

Nose

Tuesday, November 9, 2010

.::Hawa::.

Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Wassalam...Mohd Naim Mohd Zain

Wednesday, January 20, 2010

::kenapa Yahudi inginkan Baitulmaqdis::


salam ukhwah wat sahabat semua...

Penulis : Noor Muzammil Mohamad (milliodosis@yahoo.com)

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Thursday, January 7, 2010

::Rama-rama & Bunga::

Seorang lelaki berdoa kepada Allah SWT agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat. Dia berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberian-NYa berbeza daripada permintaannya . Kemudian dia berfikir, Allah SWT mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah SWT sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah SWT sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah SWT. PERCAYALAH....pastinya Allah SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah SWT tidak gagal memenuhi permintaan hamba-Nya.

Teruskan berdoa tanpa ragu. DURI hari ini adalah BUNGA hari esok.


*****************************************************************
"bersabar dengan setiap ujian yang datang, kerana kelak bila tiba suatu saat nanti....kita pasti akan berterima kasih kepada-NYA. DIA yang lebih apa yang telah diaturkan untuk hamba-NYA, dan tidak akan menguji melainkan melihat kepada kemampuan hamba itu sendiri.cuma terkadang-kadang kita sering menjadi manusia yang tidak pandai bersabar, sedangkan apa yang telah ditentukan telah terkandung hikmah yang sangat berguna.kita menangis, meraung, dan meratap mengapa kita diberi ujian yang sebegini, sehinggakan kita menganggap bahawa kita ni terlalu naif untuk menerima ujian itu. walhal, DIA telah memberi kita peluang untuk sedar akan hakikat sebenar. SIAPA diri kita sebenarnya."

Wednesday, November 11, 2009

...segalanya akan berakhir...

Teori Hari Kiamat menurut sains....

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan. bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku. Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku.

********************************************************

menurut Islam.....

Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah. Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya. walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa. Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup.

sumber:kosmo online
*********************************************************
...segalanya akan berakhir bila sudah tiba masanya kelak. apa yang telah berlaku hari ini dan diramal akan berlaku, semoga dapat dijadikan iktibar dan sebagai peringatan untuk aku serta sahabat semua. mudah2an aku dapat bergerak seperti apa yang telah aku war2kan. menjadi khalifah, dan bukannya hanya sekadar menulis seperti ini.kerana aku takut, segalanya akan dipertontonkan kepadaku di hari sana...ibarat "mengajar org lain, tetapi diri sendiri tidak melakukan sedemikian"....