Saturday, April 16, 2011

.::de kampus 3::.

salam ukhuwah sahabat....(mood 'emosional')

Alhamdulillah...syukur dipanjatkan kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan. Hari ni merupakan hari terakhir kuliah di UPSI dan hari ni juga 'prensentation' yang dibuat telah berjalan dengan baik. satu kepuasan  yang sangat bererti apabila usaha yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil yang sangat baik.

Namun, usaha ini belum berakhir lagi. Esok masih ada perjuangkan yang perlu ditempuhi. Esok bermula exam untuk semester ini. dan exam ini juga adalah exam yang terakhir di UPSI. Mudah2an segalanya berjalan dengan baik dan harap takdelah paper yg kena repeat.

Pasni semua akan menjadi kenangan dan sebuah cerita yang menarik. Pengalaman selama 3 tahun setengah berada di 'bumi' orang lain sangat memberi pengajaran yang berharga. jika dimbas sekali lagi pada permulaan episod bergelas mahasiswi di bumi 'ibu kandung suluh budiman', pastinya tercuit pelbagai perasaan. suka duka bersama-sama kawan2, buku, kuliah, pensyarah, dan dunia peperiksaan sememangnya satu kehidupan yang pasti tak kan berulang lagi. ibarat kata orang "sejarah tak mungkin berulang"...yaaa....sejarah pasti tak kan berulang lagi.

~ I Love My Friends~

Saturday, April 2, 2011

.::de kampus (hujung minggu)::.

salam ukhuwah ;)

Hari ni hari sabtu, esok hari ahad...yeahhhhh...cutiiiii. hehehe....macam orang tak pernah cuti saje. tapi hari ni nak cite sikit...buat pertama kali dalam sejarah sepanjang aku berada di upsi ni, aku duk lepak d tepi sungai 'cinta'. sungai 'cinta' tu.hehe...orang2 dekat sungai ni panggil guna nama tu sebab kat situlah salah satu port orang yang tengah angau bercinta duduk 'dating'. erkkk....saya 'dating' juga ke?...oh nonono....bukan dating tapi duduk 'melahap' durian.lagi pun hari ni kan ada pasar kecil kat KHAR, jadi belilah sedikit makanan untuk dimakan bersama-sama durian. pakat2 ngan member beli 'sanggar', ubi goreng ngan air cendol...wahhh tetiba rasa lapar la pula.

sambil-sambil makan tu, apa lagi bergosip la. tapi hari ni gosip sesama sendiri dengan kawan2. bercerita pasal final semester yang dah nak abis. bila masuk bab ni maka, terimbaslah kembali detik2 ketika semester pertama di upsi ni (sangat klasik ni ayat) hinggalah last semester sekarang. terasa 4 tahun satu tempoh yang sekejap saja dilalui. dalam tempoh ni juga pelbagai perkara suka, sedih, kecewa, geram dan bermacam-macam perasa lagi. semua dilalui dengan tabah demi mendapatkan 'ilmu'.

kawan-kawan yang datang dari pelbagai latar belakang sememangnya memberi pengalaman yang sangat2 bererti. pada saat ini jugalah kita dapat kenal dunia luar yang sebelum ni hanya terperuk dalam kampung sahaja. dan disinilah juga saya banyak belajar apa itu erti KAWAN. siapa kawan dan siapa lawan.

p/s...will miss this moment... ;)