Selamat Hari Guru.... ^_^
16 Mei 2011...tarikh yang sangat bermakna buat aku. Bukan sahaja kerana tarikh tu sebagai hari guru, tetapi juga disebabkan buat pertama kalinya aku menyambut sebagai seorang 'guru'. Walaupun masih bergelar guru pelatih, namun perasaan dalam diri sangat2 teruja. lebih2 lagi menyambutnya bersama cikgu2 dan para pelajar SMK Datuk Bahaman. nak cite sikit pengalaman hari semalam, tema baju para guru adalah warna biru. wahhhh...seronok tengok cikgu2 masing-masing pakai baju warna biru. sampai di bilik guru sahaja, suasana memang meriah dengan gelagat guru-guru yang khususnya cikgu wanita yang saling 'mengomen' pasal baju.hehe...nampak semua muka gembira saja. yelahhhh kan....dah namanya hari guru. masa ni lah nak seronok sakan. lupakan pasal P&P sekejap.hehehe
kemudian jam 8.00 pagi, para guru diarahkan oleh ketua pengawas untuk bergerak ke dewan terbuka SMKDB bagi acara selanjutnya. berkumpul di dewan terbuka tak kan dilepaskan begitu saja, acara bergambar beramai-ramai dimulakan.hehehe...sweet sangat2. memang sporting la cikgu2 sini. selesai sahaja bergambar, pengawas mengarahkan para guru termasuklah saya (hehehe.....sukanya)...berarak ke dewan besar untuk memulakan acara sambutan hari guru peringkat sekolah. dengan diiringi paluan kompang dan 'red carpet', kemudian dihujani dengan bungan 'putpouri' terasa diri di alam lain.hahaha....pertama kali ni dalam suasana macam ni.memang teruja. ;)
jam 8.30 pagi, acara pun bermula. dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh seorang pelajar dan ucapan khas daripada wakil pelajar yang juga merangkap ketua pelajar bagi tahun 2011 SMKDB. kemudian acara yang dinantikan oleh kebanyakan pelajar (yeke....hehe...sebab pengalaman dulu waktu sekolah, memang inilah acara yang ditunggu2..hehe) ialah guru-guru diarahkan naik ke pentas untuk menyanyikan lagu 'guru malaysia'. masa kat UPSI, lagu ni memang sebati dalam setiap pelajarnya sebab kadang-kadang jika ada majlis besar lagu ni menjadi pilihan untuk dinyanyikan bersama dengan lagu 'ibu kandung suluh budiman'. jadi saya pun tidaklah terkial-kial nyanyi lagu ni. semangat tu ada la.hehe.... ;)
acara seterusnya....SUKANEKA.hehe...best sangat2. pertama kali juga bergabung tenaga dengan cikgu2 perempuan main dalam beberapa sukan. antaranya sambung straw, boling kelapa, dan macam2 lagi. aku diletakkan dalam kumpulan 4. mula2 tu terkial2 juga sebab tak tahu masuk kumpulan mana sehinggalah sukaneka telah mula baru diberi tahu oleh seorang pelajar. tapi sempat juga aku main semua permainan wajib untuk setiap kumpulan.memang exited bermain ni walaupun dengan berbaju kurung sahaja. hehe...tambah lagi dengan sokongan pelajar. wahhhhh....masa ni la tunjukkan kebolehan bermain.hihihi...
habis sahaja sukaneka, acara diteruskan dengan persembahan daripada pelajar dan beberapa orang guru SMKDB. tak sangka berbakat juga pelajar dan guru2 sekolah ni. sporting habis. ;)selesai je persembahan, tibalah acara kemuncak iaitu pemberian cenderamata, hadiah dan cabutan bertuah oleh pelajar dan guru. tak ku sangka, aku pun dapat hadiah.heheh....seronoknyeeeee. sempat juga aku lihat muka2 cikgu yang terima hadiah daripada pelajar. tergambar perasaan gembira dan suka pada wajah mereka. mungkin apa yang aku rasa ketika itu cuma sedikit sahaja, tetapi bagi mereka yang telah berpengalaman besar dalam bidang ini lebih merasakan nikmat gembira itu. ;)
majlis sambutan hari guru ini selesai tepat jam 1.30 petang. satu kepuasan yang jelas tergambar pada wajah masing2. segala penat lelah dan pengorbanan guru sedikit terlerai dengan sambutan ini. walaupun hanya sebagai guru pelatih ketika ini, namun dapat dirasakan apa yang telah guru korbankan sedikit sebanyak telah dihargai oleh pelajarnya. dan sememangnya....jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi untuk menjadi pendidik 'yang sebenar'.
....Terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah yang telah mendidik saya selama ini...cikgu2 SK Ladang Tiger, SMK Merotai Besar dan pensyarah2 UPSI. Terima kasih CIKGU.... ;)

