Monday, June 20, 2011

"cakap la apa sahaja...tapi biarlah kena pada tempatnya"

tidak ada manusia yang sempurna. datang daripada jauh, merantau ke segenap ruang kehidupan demi mencari sesuap ilmu dan sebanyak mana yang boleh. hati yang kecil sangat gembira bila diterima dalam kelompok manusia yang asing. dengan membawa amanah sebagai 'GURU'...ditanamkan dalam jauh lubuk hati, akan dicurahkan sesempurna ilmu yang telah diperolehi ketika bergelar pelajar di SITC.

setiap yang berlaku adalah pengalaman. sesukar mana pun cabaran yang digalas, terima sahaja. nilah yang dikatakan perjuangan. nasihat, teguran, amaran dan apa-apa sajalah perkataan yang seangkatan dengannya diterima dengan redha. sudah namanya masih bergelar pelajar praktikal, segalanya 'itu' adalah penting untuk hasilkan yang terbaik. bersyukur dan terima kasih....kerana rupanya diri ini masih dikasihi dan diberi perhatian.

berdiri dihadapan insan-insan yang dahagakan ilmu, pastinya membuatkan hati terkadang-kadang lumpuh. cukupkah dengan ilmu yang telah diberi. bolehkah otak mereka menerima apa yang dihujahkan. hanya mereka sahaja yang tahu. niat dalam hati cuma satu, semoga ilmu ini berguna untuk 'kalian'.

.::pRaktikal::.

Dibimbing dan terbimbing......

assalamualaikum.....haluuuu,hapy nice day.heheh...sekian lama tak meng'update' dalam blog, terasa rindu sangat2 untuk 'berhujah' dalam ni.hehe...sekarang ni busy yang teramat sangat dengan kehidupan harian. bukan lagi sebagai pelajar...tapi sebagai pembimbing kepada pelajar...CIKGU. selamat pagi cikgu....salam cikgu, terima kasih cikgu....wahhhh...sama-sama pelajar ku...ngeeeee ;P

takde lagi dah asigment, pembentangan, lepak ngan kawan2 kat kafe....dannnnn yang paling penting....EXAM pun dah takde lagi...ngeeee suka sangat2. hihihi.... bila tengok pelajar tengah pening menjawab soalan, dalam hati 'smile' je....sambil berkata "sekarang time korang la jawab exam ok....turn aku dah lepas" (gambaran mimik muka yang sangat2 sinis) hehehe....ala...pasni korang pun boleh abis exam jg, yg penting amik exam kat sekolah dulu ok.... :P

............walaupun hapy, tapi beban keja tak pena lari dari kehidupan....hermmmm ni hakikat ;P rph tak siap lagi, set induksi tak fikir lagi nak wat apa.....continue.....

Tuesday, May 17, 2011

.::Selamat Hari Guru::.

Selamat Hari Guru.... ^_^

16 Mei 2011...tarikh yang sangat bermakna buat aku. Bukan sahaja kerana tarikh tu sebagai hari guru, tetapi juga disebabkan buat pertama kalinya aku menyambut sebagai seorang 'guru'. Walaupun masih bergelar guru pelatih, namun perasaan dalam diri sangat2 teruja. lebih2 lagi menyambutnya bersama cikgu2 dan para pelajar SMK Datuk Bahaman. nak cite sikit pengalaman hari semalam, tema baju para guru adalah warna biru. wahhhh...seronok tengok cikgu2 masing-masing pakai baju warna biru. sampai di bilik guru sahaja, suasana memang meriah dengan gelagat guru-guru yang khususnya cikgu wanita yang saling 'mengomen' pasal baju.hehe...nampak semua muka gembira saja. yelahhhh kan....dah namanya hari guru. masa ni lah nak seronok sakan. lupakan pasal P&P sekejap.hehehe

kemudian jam 8.00 pagi, para guru diarahkan oleh ketua pengawas untuk bergerak ke dewan terbuka SMKDB bagi acara selanjutnya. berkumpul di dewan terbuka tak kan dilepaskan begitu saja, acara bergambar beramai-ramai dimulakan.hehehe...sweet sangat2. memang sporting la cikgu2 sini. selesai sahaja bergambar, pengawas mengarahkan para guru termasuklah saya (hehehe.....sukanya)...berarak ke dewan besar untuk memulakan acara sambutan hari guru peringkat sekolah. dengan diiringi paluan kompang dan 'red carpet', kemudian dihujani dengan bungan 'putpouri' terasa diri di alam lain.hahaha....pertama kali ni dalam suasana macam ni.memang teruja. ;)

jam 8.30 pagi, acara pun bermula. dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh seorang pelajar dan ucapan khas daripada wakil pelajar yang juga merangkap ketua pelajar bagi tahun 2011 SMKDB. kemudian acara yang dinantikan oleh kebanyakan pelajar (yeke....hehe...sebab pengalaman dulu waktu sekolah, memang inilah acara yang ditunggu2..hehe) ialah guru-guru diarahkan naik ke pentas untuk menyanyikan lagu 'guru malaysia'.  masa kat UPSI, lagu ni memang sebati dalam setiap pelajarnya sebab kadang-kadang jika ada majlis besar lagu ni menjadi pilihan untuk dinyanyikan bersama dengan lagu 'ibu kandung suluh budiman'. jadi saya pun tidaklah terkial-kial nyanyi lagu ni. semangat tu ada la.hehe.... ;)

acara seterusnya....SUKANEKA.hehe...best sangat2. pertama kali juga bergabung tenaga dengan cikgu2 perempuan main dalam beberapa sukan. antaranya sambung straw, boling kelapa, dan macam2 lagi. aku diletakkan dalam kumpulan 4. mula2 tu terkial2 juga sebab tak tahu masuk kumpulan mana sehinggalah sukaneka telah mula baru diberi tahu oleh seorang pelajar. tapi sempat juga aku main semua permainan wajib untuk setiap kumpulan.memang exited bermain ni walaupun dengan berbaju kurung sahaja. hehe...tambah lagi dengan sokongan pelajar. wahhhhh....masa ni la tunjukkan kebolehan bermain.hihihi...

habis sahaja sukaneka, acara diteruskan dengan persembahan daripada pelajar dan beberapa orang guru SMKDB. tak sangka berbakat juga pelajar dan guru2 sekolah ni. sporting habis. ;)selesai je persembahan, tibalah acara kemuncak iaitu pemberian cenderamata, hadiah dan cabutan bertuah oleh pelajar dan guru. tak ku sangka, aku pun dapat hadiah.heheh....seronoknyeeeee. sempat juga aku lihat muka2 cikgu yang terima hadiah daripada pelajar. tergambar perasaan gembira dan suka pada wajah mereka. mungkin apa yang aku rasa ketika itu cuma sedikit sahaja, tetapi bagi mereka yang telah berpengalaman besar dalam bidang ini lebih merasakan nikmat gembira itu. ;)

majlis sambutan hari guru ini selesai tepat jam 1.30 petang. satu kepuasan yang jelas tergambar pada wajah masing2. segala penat lelah dan pengorbanan guru sedikit terlerai dengan sambutan ini. walaupun hanya sebagai guru pelatih ketika ini, namun dapat dirasakan apa yang telah guru korbankan sedikit sebanyak telah dihargai oleh pelajarnya. dan sememangnya....jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi untuk menjadi pendidik 'yang sebenar'.

....Terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah yang telah mendidik saya selama ini...cikgu2 SK Ladang Tiger, SMK Merotai Besar dan pensyarah2 UPSI. Terima kasih CIKGU.... ;)

Saturday, April 16, 2011

.::de kampus 3::.

salam ukhuwah sahabat....(mood 'emosional')

Alhamdulillah...syukur dipanjatkan kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan. Hari ni merupakan hari terakhir kuliah di UPSI dan hari ni juga 'prensentation' yang dibuat telah berjalan dengan baik. satu kepuasan  yang sangat bererti apabila usaha yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil yang sangat baik.

Namun, usaha ini belum berakhir lagi. Esok masih ada perjuangkan yang perlu ditempuhi. Esok bermula exam untuk semester ini. dan exam ini juga adalah exam yang terakhir di UPSI. Mudah2an segalanya berjalan dengan baik dan harap takdelah paper yg kena repeat.

Pasni semua akan menjadi kenangan dan sebuah cerita yang menarik. Pengalaman selama 3 tahun setengah berada di 'bumi' orang lain sangat memberi pengajaran yang berharga. jika dimbas sekali lagi pada permulaan episod bergelas mahasiswi di bumi 'ibu kandung suluh budiman', pastinya tercuit pelbagai perasaan. suka duka bersama-sama kawan2, buku, kuliah, pensyarah, dan dunia peperiksaan sememangnya satu kehidupan yang pasti tak kan berulang lagi. ibarat kata orang "sejarah tak mungkin berulang"...yaaa....sejarah pasti tak kan berulang lagi.

~ I Love My Friends~

Saturday, April 2, 2011

.::de kampus (hujung minggu)::.

salam ukhuwah ;)

Hari ni hari sabtu, esok hari ahad...yeahhhhh...cutiiiii. hehehe....macam orang tak pernah cuti saje. tapi hari ni nak cite sikit...buat pertama kali dalam sejarah sepanjang aku berada di upsi ni, aku duk lepak d tepi sungai 'cinta'. sungai 'cinta' tu.hehe...orang2 dekat sungai ni panggil guna nama tu sebab kat situlah salah satu port orang yang tengah angau bercinta duduk 'dating'. erkkk....saya 'dating' juga ke?...oh nonono....bukan dating tapi duduk 'melahap' durian.lagi pun hari ni kan ada pasar kecil kat KHAR, jadi belilah sedikit makanan untuk dimakan bersama-sama durian. pakat2 ngan member beli 'sanggar', ubi goreng ngan air cendol...wahhh tetiba rasa lapar la pula.

sambil-sambil makan tu, apa lagi bergosip la. tapi hari ni gosip sesama sendiri dengan kawan2. bercerita pasal final semester yang dah nak abis. bila masuk bab ni maka, terimbaslah kembali detik2 ketika semester pertama di upsi ni (sangat klasik ni ayat) hinggalah last semester sekarang. terasa 4 tahun satu tempoh yang sekejap saja dilalui. dalam tempoh ni juga pelbagai perkara suka, sedih, kecewa, geram dan bermacam-macam perasa lagi. semua dilalui dengan tabah demi mendapatkan 'ilmu'.

kawan-kawan yang datang dari pelbagai latar belakang sememangnya memberi pengalaman yang sangat2 bererti. pada saat ini jugalah kita dapat kenal dunia luar yang sebelum ni hanya terperuk dalam kampung sahaja. dan disinilah juga saya banyak belajar apa itu erti KAWAN. siapa kawan dan siapa lawan.

p/s...will miss this moment... ;)