"cakap la apa sahaja...tapi biarlah kena pada tempatnya"
tidak ada manusia yang sempurna. datang daripada jauh, merantau ke segenap ruang kehidupan demi mencari sesuap ilmu dan sebanyak mana yang boleh. hati yang kecil sangat gembira bila diterima dalam kelompok manusia yang asing. dengan membawa amanah sebagai 'GURU'...ditanamkan dalam jauh lubuk hati, akan dicurahkan sesempurna ilmu yang telah diperolehi ketika bergelar pelajar di SITC.
setiap yang berlaku adalah pengalaman. sesukar mana pun cabaran yang digalas, terima sahaja. nilah yang dikatakan perjuangan. nasihat, teguran, amaran dan apa-apa sajalah perkataan yang seangkatan dengannya diterima dengan redha. sudah namanya masih bergelar pelajar praktikal, segalanya 'itu' adalah penting untuk hasilkan yang terbaik. bersyukur dan terima kasih....kerana rupanya diri ini masih dikasihi dan diberi perhatian.
berdiri dihadapan insan-insan yang dahagakan ilmu, pastinya membuatkan hati terkadang-kadang lumpuh. cukupkah dengan ilmu yang telah diberi. bolehkah otak mereka menerima apa yang dihujahkan. hanya mereka sahaja yang tahu. niat dalam hati cuma satu, semoga ilmu ini berguna untuk 'kalian'.

No comments:
Post a Comment