Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.
Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.
Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan. bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku. Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku.********************************************************
menurut Islam.....
Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.
hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.
Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah. Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya. walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.
Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa. Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup.
sumber:kosmo online
*********************************************************
...segalanya akan berakhir bila sudah tiba masanya kelak. apa yang telah berlaku hari ini dan diramal akan berlaku, semoga dapat dijadikan iktibar dan sebagai peringatan untuk aku serta sahabat semua. mudah2an aku dapat bergerak seperti apa yang telah aku war2kan. menjadi khalifah, dan bukannya hanya sekadar menulis seperti ini.kerana aku takut, segalanya akan dipertontonkan kepadaku di hari sana...ibarat "mengajar org lain, tetapi diri sendiri tidak melakukan sedemikian"....

No comments:
Post a Comment