Tuesday, November 9, 2010

.::BerTepuk Sebelah TanGan::.

salam ukhuwah sahabat semua....

Macam emo je bila baca tajuk entry kali ni. Emo ke???hehe...bukan apa cuma mahu komen pasal Cinta yang bertepuk sebelah tangan ni. saya ni bukanlah pakar motivasi terulung untuk bercakap pasal ni, tapi orang kata, biarlah kita bercakap berdasarkan pengalaman dan FAKTA. bukannya membabi buta berkata-kata. Takut apa yang dikata nanti akan menimbulkan FITNAH dan seterusnya menyebarkan DOSA. betul x???...

Tapi kenapa boleh timbul pasal entry ni.ni semuanya sebab kawan bagi link untuk 1 video dalam Utube.fuhhh...sedih siot dia punya lagu.mula2 dengar memang jadi emo juga. nda pasal2 teringat kisah lama.cehhwwwahh...syukur kawan kata "jangan di layan lagu sedih,macam la orang yang ko kenang tu sedih tengok macam tu..paling2 pun orang tu tengah bahagia sekarang"...huhu..that's right fren. macam keluar tajuk je ni.hehe...

nda mo komen banyak2, cuma boleh kata...cinta sesama manusia (BF/GF) adalah lumrah fitrah semulajadi manusia. tiada siapa boleh halang. HATI manusia dipegang oleh Allah. rasa suka, benci, cinta adalah anugerah dari DIA. kalau kita kata suka tapi HATI kata sebaliknya, macam tu lah yang berlaku. tidak perlu dipaksa,semuanya akan datang sendiri. kalau rasa kita bertepuk sebelah tangan, biar je la. anggap ja la dia bukan untuk kita. selalu la percaya bahawa, pasti ada HIKMAH disebalik semuanya.

dan yang paling penting, selalula beringat, kita hidup di DUNIA ni ada matlamat yang perlu dicapai. capailah status hamba yang TAAT, dan bukannya status 'couple'. mungkin apa yang berlaku itu adalah sebagai hidayah dariNYA untuk kita sentiasa ingat bahawa CINTA ALLAH adalah yang utama. ;) (nasihat utk saya gak..hehe)



ehhh...lupa,jom layan video yg dimaksudkan di atas...(sblum 2,jgn t'lalu layan..nnt anda jg yg sedih, smile...)

.::Hawa::.

Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Wassalam...Mohd Naim Mohd Zain

Sunday, November 7, 2010

.::Oh Kalumpang::.


salam ukhuwah sahabat semua...harap2 sihat semua k.

Oh..Kalumpang..hehe bukan Tawau ja ada nama Kalumpang tau, kat sini pun ada dan memang syok sangat2 bila dapat peluang pergi berkelah di sini. satu kepuasan yang cukup mendalam. hilang terus stress study.hehe...dengan pemandangan yang sangat indah, air sungai yang jernih + sejuk + pergi dengan kawan-kawan. fuhhh...memang best. walaupun tempatnya tidaklah sehebat Genting @ Sunway Lagoon, tapi bila dapat berendam tu, di lupa sudah dengan persekitaran lain.hihi...

cadangan asal untuk berkelah adalah d Hot Spring, tetapi memandangkan tiada seorang pun kawan di antara kami ni yang berani bawa kereta untuk ke sana, jadi terpaksalah tukar plan.huhu...nda pa,panjang umur ada 2 sem lagi kat perak ni.ada bajet + keberanian= boleh la p sana plak kan?hihi.. ;) nda pun terus pi Langkawi sana.wahhh ;) teruslah imagine sedang bergambar depan 'burung helang'..~ngeeeeeeeeee.eyebrows

Kalumpang ni la tempat riadah paling dekat dengan UPSI selain sungai Samak. dekat ja, tp kurang pasti berapa kilometer. jadi tempat ni merupakan salah satu pilihan para pelajarnya selalu 'hilangkan stress' dengan berkelah + mandi-manda + 'dating' (ada juga yang ni).

Tuesday, November 2, 2010

.::Gokusen::.

salam ukhuwah sahabat semua....

wahh2...dalam2 cuti study week sempat lagi melayan cite Gokusen. mungkin agak t'lewat sikit klu sy kata baru je layan cite ni tapi seriusly saya sudah addicted dengan drama jepun ni. tambah lagi dengan watak2 boy school dia yg 'good looking'...hehe, tapi bukan tu point utama, tapi disebabkan watak utama iaitu Nakama Yukie @ yakumi sensei yang selalu berjuang untuk pelajarnya. ada saja masalah pelajarnya yang sememangnya semua bermasalah. tapi tabik juga dengan friendship dorang yang luv each others...hehe. sume cite positif ma.. pa lagi klu anda yang bakal @ sudah b'gelar pendidik, memang cite ni sesuai untuk anda.hehe for me too. emoticon

Gokusen 3

Saturday, October 30, 2010

.::study week & cuti khas::.

salam ukhwah semua....

yehaaa...hari ni bermula cuti study week. cuti sakan ni, sebab 3 minggu tu.hehe...nda pernah2 kata Dr liew (pensyarah 4p) sejak UPSI ada. tapi ni sebab + ngan cuti khas sempena Hari Raya Aidiladha + Hari Deepavali. kalau x sebab ni, seminggu je la jawabnya.hehe..pa pun, cuti ni dah ada plan mo g vacation. rehatkan minda jap, baru fresh nak study.hihi..tu la lumrahnya.


cakap pasal study week + vacation ni, saya ada 1 video nak kongsi...hehe amik dari FB,jom layan..