Adam...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & juga jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isterimu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah.
Adam...
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yang engkau kenali,
Ingatlah engkau juga dilahirkan oleh insan bernama wanita
Ingatlah adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh ke hati
maka lahirlah senyuman serta tercetusnya salam
dan sekaligus di susuli dengan pertemuan
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Adam...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agamaNYA,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bikan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.
Oleh itu Adam...
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah
Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagian selain dari cinta keluarga
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agamaNYA
Jangan menjadi Lelaki yang dilahirkan wanita yang tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
dr..
Mohd Naim Mohd Zain


