Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya

salam ukhwah semua.....

Kad Raya



"kad raya dari www.din3187.com"


hari ni sudah masuk 3syawal. hakikatnya, jika hendak dihitung sebagai seorang manusia biasa, tiada yang istimewa untuk menyambut raya kali ni (ya la, beraya ditempat orang). tetapi sebagai seorang hamba kepadaNYA, inilah kemenangan setelah berjuang berpuasa menahan lapar dahaga serta nafsu dalam diri sepanjang bulan ramadhan. itulah yang paling penting. beraya dimana sama sahaja, cuma terpulang kepada insan itu sendiri. aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dapat menghabiskan bulan ramadhan ini dengan baik. malah aku rasakan mungkin lebih baik daripada ramadhan lalu. itulah yang sebaik-baiknya. namun, adakah aku berpeluang untuk menemui ramadhan akan datang????....persoalan yang sukar untuk dijawab.hanya DIA mengetahui.




artis = Hujan feat Raihan
lagu = Salam Aidilfitri ayahanda bonda

Saturday, September 12, 2009

minda berfungsi????????

mari sama2 kita uji minda sama ada ia masih boleh berfungsi dengan baik @ tidak.saja jak ni, boleh juga hilangkan stress akibat asigment yang berlambak tu.hehehe......soalan ni aku dapat dari peti emailku.mari kita lihat sapa yang genius.....



Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas.Anda tidak boleh mengambil masa yang lama dan perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?







Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)




Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi... Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…




Adakah anda pantas dan cerdik ???masih ragu2 lagi......




Soalan ketiga:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?





Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!




Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.hehehe....dia kan cuma buta sahaja,tidak dinyatakan pun dia bisu.



heheheh.....macam mana????????

Just for fun......SELAMAT BERPUASA.


~~~~~erie~~~~~~

Friday, September 11, 2009

Tautan Ramadhan.

salam ukhwah wat sahabat semua.....

sudah lama tidak menjenguk blog ni, apalagi nak update. ni semua kerana kekangan asigment yang berlambak. lebih-lebih nak raya kan, hampir semua asigment kena submit sebelum balik kampung....huhuh,balik kg ke???? hihihi...bagi aku yg asal pulau borneo ni, soalan tu sedih jak di dengar.sbbnya aku xbalik raya pun.macam raya tahun lalu juga. maksudnya sudah dua tahun aku tidak merasakan sambutan raya bersama keluarga di kampung.sedih la plak.hehehe. tapi bila aku sudah berada dalam keadaan macam ni, teringat dekat sahabat2 atau saudara kita yang bergelar anak2 yatim.bagi mereka, suasana beraya tanpa keluarga sudah menjadi perkara biasa.
baru-baru ni aku berpeluang menjadi fasilitator dalam program Tautan Ramadhan yang dianjurkan oleh Exco Kebajikan Kolej Ungku Omar (kuo). anak-anak yatim dari Rawang (lupa nama rumah anak2 yatim tu) berumur antara 9-11 tahun, menjadi tetamu istimewa bagi kuo dan aku bersama rakan2 lain dari kelab fasilitator kuo diamanahkan untuk mengadakan beberapa slot bersama mereka. pada mulanya kami terasa berdebar-debar juga.ya la, program ni adalah program pertama kelab fasilitator yang baru sahaja ditubuhkan di kuo. memang terasa teruja. perasaan takut juga terasa ada disebabkan anak2 yatim ni semua masih kanak2 lagi. takut plak kalau apa yang kami rancangkan tidak menjadi. kami tidak tahu bagaimana penerimaan kanak2 ini apabila bersama kami. tambahan lagi mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan ada juga dari kalangan keluarga miskin. awal2 lagi kami sudah diingatkan oleh presiden kelab untuk menjaga tutur kata dan bersikap 'menjadi kanak2' apabila bersama mereka agar segala yang kami lakukan tidak mengguris perasaan mereka.

bermula pukul 10.00 malam 5hb september, kami mengadakan slot pertama iaitu 'ice breaking'. dalam slot ni, ianya lebih kepada sesi berkenalan antara satu sama lain. orang kata 'tidak kenal maka tak cinta'. jadi bila sudah kenal2 ni, barulah terasa hubungan mesra antara kami dengan anak2 yatim ni. seronok dan happening sangat bila kanak2 ni memberi respon kepada setiap slot yamg kami buat. tanggapan kami berkenaan anak2 yatim bersikap pasif meleset sama sekali kerana apa yang kami buat semuanya dapat dilakukan oleh mereka walaupun masih terdapat satu atau dua orang kanak2 ni masih tidak dapat menyesuaikan diri. tepat pukul 11.30 malam, slot pertama ini tamat.

slot kedua pula menyusul pada malam esoknya iaitu 6hb september. namun slot ni bermula pada awal 9.00 pagi. kami telah membawa anak2 yatim ni ke kampus UPSI. beberapa tempat utama dalam kampus termasuk Library menjadi destinasi kami. walaupun dalam keadaan puasa, namun kanak2 ini masih mampu untuk berjalan2 sekitar kampus. cuma yang terkilan bagi mereka ialah apabila tidak dapat melihat latihan kawad kaki oleh SUKSIS kerana awal2 lagi mereka telah dijanjikan oleh kami sendiri untk membawa mereka ke kawasan SUKSIS. rasa bersalah memang ada apatah lagi melihat wajah2 mereka yang sangat kecewa apabila kami sampai ke kawasan tersebut pasukan SUKSIS tiada. maafkan kami dik......
jam 11.00 pagi kami bertolak balik ke kuo menaiki bas kitaran. penat dan terasa lenguh seluruh badan. hari tu baru terasa dapat kelliling seluruh kampus .besar juga UPSI ni ya..hehehe.slot seterusnya bersambung pada pukul 10.00 malam.

malam kedua bersama anak2 yatim, kami mengadakan slot muhasabah diri. pada malam ni tidak seperti malam pertama, sebab slot ni lebih banyak tekankan pasal impian dan kesedaran diri peserta. selalunya kalau ikut program2 luar, dalam slot muhasabah diri ni akan ada sketsa sedih2 kan. tetapi apa yang kami lakukan kepada anak2 yatim ini, kami tidak melakukan perkara sedemikian memandangkan keadaan mereka sendiri. takut ada yang terlebih sedih nanti.hehehe...jadi kami hanya menekankan perkara ala2 motivasi. slot 'pembakar semangatku' yang dikendalikan oleh Saufe dan Anif merupakan slot terakhir pada malam tersebut. dalam slot ni, beberapa petikan motivasi ditunjukan dalam LCD dibacakan oleh kanak2 ini. antara petikan tersebut ialah :-

AKU HEBAT...HEBAT...HEBAT
TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGHALANG AKU
AKU AKAN CAPAI SEGALA APA YANG AKU MAHU
KERANA AKU TAHU AKAU ADALAH HEBAT.

lebih kurang macam tu la ayat petikannya. jam 12.00 malam slot kami berakhir dengan bersalam-salaman bersama anak2 yatim ni. terasa sedih apabila aku sendiri berpeluang untuk bersalaman dengan mereka. ada antara mereka yang awal2 lagi sudah menangis.huhuhu...sedih bah.tidak dapat bayangkan kalau aku berada dalam situasi mereka.

selesai sahaja slot ini, sebelum kami balik ke bilik masing2, post mortem dilakukan. YDP kuo turut serta bagi sesi penambahbaikan. banyak perkara yang perlu kami perbaiki lagi untuk program akan datang. walaupun Tautan Ramadhan ini adalan permulaan, namun secara keseluruhan kami telah melakukan yang terbaik dan hasil yang kami terima juga adalah diluar jangkaan kami sendiri.

~~~chaiyok2!!!!! untuk semua~~~~~

KUO
11.08 am.
21 Ramadhan.

Monday, March 30, 2009

REMAJA HANYA SEKALI

salam
post pertama utk blog aku ni,aku postkan satu puisi.rasanya ini tergolong dalam jenis pantun.btl kan???pantun ni sebenarnya adalah artkel yang dikirim oleh laman web Media Muslim.sekarang ni web tu sudah xaktif. xth pulak kenapa.banyak info yg kita dapat dari laman tu.yg ni slh satunya jika nak muhasabah diri.so...mari kita renung2kan bersama.tapi jgn dok renung jak,mudah2an dapat dijadikan panduan & muhasabah diri,...heheheh.


Remaja janganlah nak naik marah,
Eloklah terima berhati fasrah,
Memfokus kalian tidaklah salah,
Agaknya di situlah punca masalah.

Jelasnya semua dah serba salah,
Akibat melanggar perintah Allah,
Hadis dan Quran letak di sebelah,
Akhirnya negara ditimpa masalah.

Nak selesaikan segala masalah,
Yakinlah agama dah tunjuk arah,
Ayuh rujuklah segera kitabullah,
Selesaikan masalah usah berbalah.

Eloklah diteropong ke dalam diri,
Kuman dan virus dah serang hati,
Ambillah ubat dengan teliti,
Lekaslah rawat sebelum mati.

Ingatlah sekelian para remaja,
Remaja bukan sekali saja,
Esok di akhirat fikirkan juga,
Mahukah menjadi ahli neraka?

Andainya tidak segeralah taubat,
Janganlah hanya asyik tau buat,
Ayuh, segeralah mencari ubat,
Hampiri masjid buatlah ibadat.

Ayuhlah segera berbuat bakti,
Nak buat apa nanti menanti,
Yang degil biarkan di atas titi,
Andai terjatuh menyesal nanti.

Sayangilah diri dan keluarga,
Eloklah akhlak sentiasa dijaga,
Kelak menjadi penghuni syurga,
Allah dah janji jangan curiga.

LilLahi Ta''ala amalan kita,
Iltizam mengamal ajaran agama,
Ramaikan masjid kita bersama,
Enak bersama ''alim ulama.

Marilah bersihkan jiwa dan raga,
Ajaran agama sentiasa dijaga,
Janganlah malu mulalah segera,
Amalan kita bawa ke syurga.

Hati tak usah memikir cerca,
Amalan baik pemberat neraca,
Namun pelajaran teruslah baca,
Yang berjaya ceria di depan kaca.

Ayuhlah perjuangkan segala cita,
Semua menyokong tanpa cerita,
Elaklah dahulu ingin bercinta,
Kelak merana lain pula cerita.

Apa diburu sicantik jelita,
Lepas ijazah lainlah cerita,
Impian semua akan tercipta,
Rajinlah usaha mencapai cita.

Emak dan ayah tentu gembira,
Melihat anak menurut kata,
Akan dikabul segala pinta,
Jangan persia harapan mereka.

Akhirkata inilah sahaja,
Berpisah sementara menyuci jiwa,
Yang membaca diharap ceria,
Esok lusa bertemu jua.