Friday, November 26, 2010

.::Pengorbanan Seorang Ibu::.


salam ukhuwah sahabat...salam imtiham (bagi yg masih exam..hehe seperti sy)

sebenarnya sudah azam sejak semalam tak nak buka blog,sebab tahu masa belajar akan dihabiskan dengan ber'blog'. Sekarang saja nak restkan otak jap (alasan semata2...hihi), sungguh!!!!!. :) apa2 saja la kan. Tapi sebenarnya saya nak kongsi satu kisah benar yang telah berlaku di negara China satu ketika dulu. tidak pasti tahun bila perkara ini berlaku. kisah ini benar2 menusuk dalam kalbu (jika anda benar2 menghayati ;)). kisah bagaimana seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. kisah ni saya ambil dari blog wanWMA dan ia diceritakan seperti komik di bawah ini ;

kasih ibu-1

klik 'read more' untuk gambaran komik seterusnya... ;)

Sunday, November 21, 2010

.::Barakallahumma::.

salam ukhuwah buat sahabat...

Barakallahumma...hehe,terngiang2 lagu Maher Zain ni bila t'ingatkan beberapa kawan sy yg telah dan akan 'membina masjid'. Tahniah dan selamat melangkah ke alam baru. semalam 20hb/11/2010, kawan sejak sekolah rendah Sarinah Agsa (nama dlm FB) telah pun selamat diijabkabulkan. InsyaAllah 5hb/12/2010 pula kawan sejak sekolah menengah di SMKMB, Sarimah Basri pula akan diakadkan.tahniah sekali lagi. pastu selak2 gambar kawan2 lama di FB,baru perasan rupanya ramai yg sudah letak gambar kahwin.hehe...bahagia ja sy tengok semuanya. wahh...rezeki korang. harap2 pasni semoga dapat berbakti sesama anda k.

sebelum tu lagu ni untuk korang....luv u all.


********************************
rasanya xterlambat ucapan selamat pengantin baru buat rakan2 semua yang telah pun selamat membina 'masjid' specially wat Mike.semoga berbahagia dan sentiasa diredhai Allah.Amin ;)

Monday, November 15, 2010

.::Salam Aidiladha::.


salam ukhuwah sahabat semua...dan salam Aidiladha

hari ni sudah masuk 8 Zulhijjah, esok 9 dan lusa 10 Zulhijjah. maknanya, ada dua hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha. Syukur di atas segala apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNYA.

seperti tahun2 lepas, kali ni beraya lagi sebagai perantau.huhu...nda pa ada kawan2. cuma kali ni ramai sikit berbanding tahun lepas.sume disebabkan exam final lambat lagi.hehehe....kalau x, alamat kosong la UPSI ni.

dan InsyaAllah,semalam dah planning ngan kawan2 yang nda balik beraya tu (kwn2 Borneo) buat 'makan2' sempena raya.hehe...harap2 dapat berjalan dengan lancar.

****************************************
p/s.....esok 9 Zulhijjah, jangan lupa puasa hari Arafah k.jom sama2 kita beramal. banyak manfaat yang kita perolehi...InsyaAllah. antaranya ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Sunday, November 14, 2010

.::Segenggam Garam::.

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.


Wednesday, November 10, 2010

.::Terapi Lubang Hidung::.

salam ukhuwah sahabat semua...salam Zulhijah ;)

hehe...jangan tidak tahu, lubang hidung pun ada terapi untuk kecerdasan badan manusia. Cuma baru sekarang tahu kan. pasal terapi ini pun saya dapat daripada blog Drs.Khalil Idham Lim (DUN Parit Buntar, Perak). Satu perkongsian ilmu yang cukup menarik untuk diamalkan. jom kita baca macam mana terapi lubang hidung ni ;)

Nose