salam semua.....
Alhamdulillah...sekali lagi Allah beri nikmat untuk bernafas di bumi ini. hari ni kelas bermula pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi. namun disebabkan gigi 'besar' meragam, terpaksalah ponteng kelas Undang-Undang pukul 8. tak pe, janji datang kelas kaedah pengajaran kul 10, hehe
tu pun sebab hari ni ada ujian.
sebenarnya ni bukan point utama nak celotehkan, tapi nak kongsi sikit pasal pengalaman dalam bas pagi tadi perjalanan ke kelas di Proton City.rasanya memang menjadi lumrah la kan bila terdengar gosip2 pasal pensyarah ni. kalau di sekolah menengah dulu, cikgu2 yang selalu jadi perbualan, tapi bila dah kat U ni, pensyarah pula menjadi mangsa gosip. bla..bla...bla....macam2 lagi la. pa lagi kalau 'mereka' ini jenis yang tak puas hati dengan pensyarah dia,memang berabis dia mengkritik.fuhhhhh boleh kalah pengkritik dalam pertandingan nyayian tu.heheh....(pa benda sy nak kongsi sebenarnya ni....hehe)...ok saya cite sekarang....
ok nak jadikan cerita, macam ni tengah saya duduk diam kemudian ditambah dengan suasana boleh la dikatakan sepi je sebab pakcik pemandu bas tu pun bagi perlahan sound radio. ada la sorang pelajar perempuan tu berdiri sebelah dengan kerusi yang saya duduk. dia ni asyik je bercerita ngan membernya yang kebetulan duduk di hadapanya. mula2 tu takdelah ambil kisah sangat perbualan dorang ni, tapi bila terdengar perkataan 'bongek' terus je rasa nak tahu isi kandungan perbualan dorang ni
(panjangkan telinga). dah la suara tak control 'volume'....pas tu boleh siap pi kutuk pensyarah dia dengan perkataan 'bongek'. sebabnya pensyarah tu tak terima alasan dia lambat masuk kelas disebabkan baru balik dari kelas sebelumnya. katanya lagi pensyarah tu boleh pula terima alasan takde bas kalau lambat masuk. kerana geram sangat...dia pi kata pensyarah tu 'bongek'.huhu...sian kat pensyarah terbabit. setelah memberi 'ilmu'...macam ni pelajar kata kat dia. patut tak patut?....emmm
saya ni pun pernah la juga tak puas hati dengan pensyarah, tapi tidak lah sampai kata macam tu. sekurang-kurangnya hormatlah dengan orang yang telah beri apa-apa kat kita. apatah lagi bab-bab ilmu. besar pahala orang membagi ilmu ni. sampai ke alam 'lain' pahala mereka ini berjalan. agak-agak berkat tak ilmu yang telah kita perolehi ni jika kita masih bersikap macam tu. hermmmmm....tanyalah iman kita kata macam mana.
*********************************************
p/s...kata seorang pensyarah saya :"kalau masih confused...jangan HIDUP".